Wajah Anugerah Ilahi

Wajah Anugerah Ilahi
76 orang tengah skodeng belog ni ^^

Chatting Time People!

Hidayah Nazri

Saturday, May 4, 2013

Ini Kisah Ramleefestasi!


At last! Welcome people~! Lama x buat entry kan?
Sejak masuk semester baru ni, masa tu macam jemles dengan aku
Yelah! Bukan ada masa pun nak buat benda lain, asik belajar je.....
(OMG Dayah, kaki kencing)
Ok2 T_T
I admit, yang bukan masa saja mempengaruhi kemunculan entry ni...
Other than that, sebab banyak sangat tugasan yang chekgu beri!

Like seriously!! Tak tipu punya~
Semester 3 ni buat hidupku kucar kacir sebentar.. 
Too much stressful subject
dan tak dilupakan juga, chekgu yang sendu  kurang memahami...
Hmmm.... orang kata tak baik merungut!

BUT

Aku still merungut! 
"Ya Allah~ Moga Engkau permudahkan urusan
hambaMu ini. Tanamkan sifat sabar dan redha dengan segalanya
yang telah Engkau tentukan. Amin~"

note: AMARAN! Entry kali ni amat panjang, jadi bersabarlah bila membaca ya XOXO
-------------------------------------

Dengan lafaz Bismillah, let's rockin' the entry yawww!!
Oke! Enrty kali ini special sikit, sebab apa?
Haaa... sebab ni entry pertama aku cerita tentang teater!!

Tapi sebenarnya bukan la first tyme cite pasal teater...
Previous entry aku penah cte pasal teater Sofia, yang buat kat Perlis
For this entry, the theater was held at Kuala Lumpur.
Yes, Kolumpo je yobb~

Ehem2, teater apakah yang berjaya menarik diri ini untuk menonton?
*Drumroll* Jeng Jeng Jeng!
It is Ramleefestasi!!
Ya... Jangan tanya aku napa tajuk dia camtu..
Memang takkan terjawab la kan

Teater nie diorganize dan dipentaskan oleh anak-anak muda
yang menggelarkan diri mereka sebagai Revolution Stage
'Siapa sebenarnya mereka nie?'
Haaa.. sedikit detail tentang depa suma naa..
Revolution Stage (RS) merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar,
atas tujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang
seni lakon teater. Most of them merupakan gabungan pelajar-pelajar
dan graduan-graduan dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT).
More details on them?? Nah klik link nie ^^

Poster Ramleefestasi


Berbalik kepada topik kita tadi, teater Ramleefestasi ni berkisarkan tentang 12 cerita yang 
diangkat dari karya-karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pementasan ini 
diadakan di Bangunan Mara, Tingkat 10 
(sebelah2 Sogo & Pertama tu je)

Komentar:
Secara keseluruhan, bagi aku teater ini amat menarik, dan membawa nafas 
serta pembaharuandalam menterjemahkan karya P.Ramlee. 
4 pengarah hebat berjaya menaikkan mood para penonton ketika 
menyaksikan pementasan Ramleefestasi ini. 

Oh terlupa aku!
Teater Ramleefestasi ni da pernah dipentaskan dahulu di Stor DBP, 
dan kali ini teater Ramleefestasi ini dipentaskan semula,
 melalui projek #PentasSemula

Bersambung semula.... Aku dan kawan2 (Maz & Tia) sanggup travel 
dari Shah Alam naek train, semata-mata nak tengok teater ni.
 Aku dapat tahu pasal teater ni pun sebab RS datang ke UiTM Shah Alam
 untuk pementasan teater Senapas. Masa itu, aku dan rakan-rakan 
Anomalist Production menolong RS dalam menjayakan
pementasan Senapas tu. *teater Senapas pon best tau!*

Jadi diatas kegigihan kami bertiga untuk menonton teater itu, 
lalu kami pon tiba di Bangunan Mara yang disebut-sebut tu. 
Tapi alangkah malunya aku, rupa-rupanya teater tu kat bangunan 
Mara baru daaa.... Aku dan kawan-kawan da sesat ke bangunan lama... 
Bertawaf la kami bertiga ke bangunan baru pula #alkisahnya

Jadi lepas da jumpa bangunan baru, sempat lagi tanya kaunter pertanyaan,
takut salah lagi kang, takkan nk 2 kali malu....... So tempat da betul!
Naek la pulak lif ke tingkat 10. Bukak je pintu lif, di sebelah kanan, 
nampak da bunting dan juga poster Ramleefestasi. So mmg sah inilah tempatnya!!
Sampai je kt kaunter, aku kata la aku da book 3 tiket. 
Masa tu Arshad yang ada kat kaunter.
So disitulah sesi pengambilan tiket berlaku.....

Tunggu dalam berapa minit gak la, sebelum kami dapat masuk ke perut panggung tu.
Tunggu punya tunggu, tengah kawan aku dok borak apa tah *nmpk x fokus*
Tetiba aku terkelu + terkesima + terperanjat
Sebab akhirnya, ternampak secara live, pelakon yang memang aku minat
sejak aku tengok Istanbul Aku Datang la... haaa dapat teka sapa kan??

Yezza buddies! It's Beto Kusyairy!!!
OMG3!! Kaget melihatnya kala itu.... bukan apa, sbb aku adore lakonan dia
For me, his talented! Macam yang aku penah cakap kat kawan aku,
hanya 2 org je pelakon yang aku rasa full of talent dan aku adore giler...
- Johnny Depp & him, Beto -

Nampak tak nawaitu tengok teater ni pasal pe? 
Hahahaha..... Itu just salah satu sebab je la. 
So, masa masuk ke bilik pementasan, sekali lagi aku terkesima!
Wah... setting yang sgt audiens friendly!! That's why aku suka teater!
Dengan 3 susunan kerusi; hadapan, kiri dan kanan, membuatkan penonton 
akan rasa dekat dengan pelakon. 
Tak dilupakan juga pemuzik dibawah bimbingan Ayop Azril....
Kome sume memang meletop yobb!! Bangge teman~! 
#eh cakap Perok pule XD

Cerita mereka bermula dengan semula pelakon masuk seorang demi seorang,
 menyanyikan lagu Lagenda yang dipopularkan oleh Sheila Majid.
 Sejurus selepas itu, watak Iman, yang dilakonkan oleh si manis yang chomel 
Cristina Suzanne Stockstill dan watak Sulaiman, yang dilakonkan oleh
Beto Kusyairy diketengahkan. Pada mulanya, aku ingat watak mereka berdua 
mengambil latar masa seiring dengan watak-watak lain, rupanya sangkalan aku salah.
 Watak mereka berdua merupakan watak zaman kini namun cuba untuk
 blend in dengan watak-watak yang lain.
 Erm.. korang paham tak apa aku cuba sampaikan??

-Kalo x paham, korang buat2 je la paham oke-

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang perbualan di antara
 Iman dan Sulaiman. Bila korang tengok kisah ini, korang akan
dibawa sebentar ke dunia P.Ramlee... Korang mesti akan teringat
setiap butir kata dan juga lagu-lagu yang menjadi
siulan kita. Sayangnya kami tak rakam pementasan nie,
sbb lebih sibuk ambil gambar hehehe

Jadi aku rasa, kalo menulis je tak best la gak kan? So, for korang2 semua
aku ada sertakan sedutan vid pada pementasan berkenaan.... Enjoice!


-------------------------------------

Sedutan Ramleefestasi

Ni je yang kami sempat rakam... Suara Kirin sgt awesome!!


Ni tyme diorang nyanyi lagu Lagenda...


Ni bukan Pak Maun je, satu kampung gegar menari ^^


* Kalo nak tengok yang len2, boleh KLIK sini*


-------------------------------------

Pixca sepanjang pementasan Teater Ramleefestasi!














































-------------------------------------

Xtra Pixca ^^













-------------------------------------

Akhirnya, sampai juga penamat entry nie. First tyme wat entry bapak
panjang macam nie... Oke lah, jari pon da penat, otak pon da beku,
nanti aku akan update 2nd teater by RS juga... Stay tune!



No comments: