Wajah Anugerah Ilahi

Wajah Anugerah Ilahi
76 orang tengah skodeng belog ni ^^

Chatting Time People!

Hidayah Nazri

Tuesday, November 17, 2015

Selang Setahun...

Assalamualaikum semua!

Pergh, dalam sedar tak sedar da setahun x bukak blog ni!
(maaflah ye, asik terlupa je nak update blog ni)

Korang... nak mintak pendapat sikit

Kalo aku post cerita pendek as entry aku
korang rasa okay x?

Yelah, kene tanya dulu
Kang penat-penat tulis dan upload
sekali yang hadoo... xde orang baca pon

So, pada korang yang ternampk entri ni
Bagi la feedback korang kat comment bawah

Kalo ade yang sokong nk aku post cerita aku kat sini
Insyaallah pasti akan diuploadkan~




Sunday, October 12, 2014

Bila topik KAHWIN menjadi bualan...

Salam korang semua...
Alhamdulillah, selepas mula menulis semula,
ramai bagi feedback yang baik.
Syukur sangat-sangat ^^

Yelah, takut gak la sebab lama tak menulis
so penulisan tu mungkin berhabuk sedikit

Arini hujan, sampai ade kawasan yang dilanda ribut tsk tsk
Takut tengok gambar kat whatsapp kawan bagi tadi
kat Stadium Merdeka yang patutnya ada persembahan
KL International Tattoo 2014
habis ranap set kat padang tu, NGERI!

Moga-moga Malaysia dijauhkan dari malapetaka
dan musibah dunia, INSYAALLAH

So, tadi petang lepas je aku post entri Obsesi dengan KPOP
Kawan-kawan masa diploma dulu ajak berjumpa
Di IKEA katanya, sebab nak makan meatball
Huhu da lama x makan meatball, jadi ni peluang keemasan la
Meet my besties from dip (Hafiz x datang lagi masa ni)

So sebab lama tak jumpa, maka banyak la
topik-topik yang dibualkan
dan salah satunya ialah KAHWIN

Salah seorang kawan aku (Hafiz Che Noh) da bertunang
dan tunggu masa je tok hari pernikahannya
(tak sabar nak tengok ko atas pelamin bro hehe)

Nak dijadikan cerita, masa makan dia ni cerita ta
macam mana masa dia mula nak merisik si gadis pujaan
Aku tekun je la dengar
(sebab makanan yang aku order 10 minit lepas x sampai-sampai)
Abes la dia cite semua kisah dia
(yang pada aku, aku rasa sangat lawak tapi sweet sangat!)

Lepas dah lepak-lepak kat Rasta tadi, tambah dengan hujan,
tiba la masa untuk balik rumah.
Nak dijadikan cerita lagi, terbuka la bab
PASANGAN dan KAHWIN

Cuba korang tengok kat wishlist aku di sebelah,
ape je lagi yang tak ditanda?
Hahaha

Payah la kalo cite pasal kawen ni, SUNGGUH!
Sapa je tak nak kawen? Everyone wants to get get married
tapi tak semua bernasib baik, bertemu jodoh awal
Tak disangkal, I face the same problem here

Lebih-lebih lagi bila ko anak sulung PERGHHH
Ini memang soalan wajib keluar la senang cite
Nak tepis memang tak boleh,
nak jawab pun perlu guna KBKK

Bagi korang yang da 20 sumtin cm aku ni,
mesti face benda yang sama kan?
Napa kalo orang tu belum ade pasangan,
or senang cite pakwe / makwe,
orang da cop sebagai tak laku la,
memilih la, sesuatu la.....

Just a gentle reminder here dear fellas,
bab kawen, bab hati, bab pasangan ni sume...
It's all about JODOH
Sejak di Luz Mafuz lagi jodoh kita da ada
just bila akan kita jumpa and dengan siapa jodoh kita
itu rahsia Allah s,w.t

Jadi jangan la cepat judge orang tu macam-macam.
And untuk orang yang masih belum ada pasangan lagi
(like me, cewah hehe)
jangan terlalu sedih dan menyalahkan takdir,
Insyaallah di suatu ketika dan masa,
kita pasti akan jumpa juga jodoh kita.

Mana tau, selama ni jodoh kita dekat je dengan kita
cuma kite je tak tahu...

Mungkin kan? ^^


p/s: Buat jodoh saya diluar sana, saya berharap sangat
dapat berjumpa anda dengan segera hehe


Obsesi dengan KPOP?


Haha apa yang korang rasa bila baca tajuk ni?
Mesti ada yang pikir aku nak bash KPOP kan
hehe

Well, no offense to those who love KPOP
Aku pon minat KPOP gak
But aku tak suka digelar kpopers

Nak tau sebab apa?
Sebab kpopers tu bagi orang yang:

- Hidupnya KPOP
- Makannya KPOP
- Tidurnya KPOP

Aku akui, aku memang kaki layan KPOP
and ni antara situasi yang selalu berlaku kat aku:


SITUASI 1

Me:
*bukak lagu KPOP

Friend:
Tak habes-habes ko dengan kpop ko tu

Me:
Salah ke aku dengar, muzik tu universal what?

Friend:
Banyak lagi la lagu len nak dengar, ko paham ke
apa dia cakap?

Me:
Memang banyak lagu ley dengar.
Ko igt aku hanya layan kpop je ke?
*bukak playlist, pasang lagu ni lagu torbaekk

Friend:
........


SITUASI 2

Me:
*menyanyi
Chyeodabojima geureon nuneuro
Saranghaesseul ppuniya ppuniya urin

Friend:
Lagu apa yang ko nyanyi tu?

Me:
kpop

Friend:
Oooooo Gangnam Style ea....

Me:
Engkau semua kpop ko cakap Gangnam Style


SITUASI 3

Friend:
Wey, ko ade koleksi kpop baru tak?

Me:
Ade je, ko nak apa?
*bukak external

Friend:
Tak ada pon dalam external ko ni

Me:
Bute ke apa ko ni? Ni yang berlambak kt folder ni amendenya

Friend:
Ni lagu.. Aku nak drama

Me:
@#$%!


-----------------------------------------------

Kadang-kadang aku nak tergelak bila
orang dok refer KPOP as everthing
yang related dengan K-entertainment
Tak kisah la, drama ke
variety show ke, skits ke

Untuk yang asek refer semua hiburan dari Korea
sebagai KPOP, try baca ni dulu


Arraseo?
Tapi bukan salah diorang pon,
sebab diorang bukan layan sangat KPOP ni

Back to the tittle,
napa aku pilih nak cita pasal KPOP ni
Ni sebab ade sorang kawan aku ni
Dia tanya kat aku
"Apa yang ko suka sgt dgn korea ni?"

Hmm soklan cepu cemas ko ni
wat ak cemas dan cuak nk jawab
(hahaha)

Kalo nak ikutkan sejarah hidup ni
Aku dulu tak minat pon entertainment
dari Korea ni

Yang memulakan kisah bila aku mula
minat ialah masa tahun 2004
(masa tu sekolah menengah)
Masa tu Malaysia memang tengah
dilanda gelombang K-Drama

*Kisah 4 musim
-Winter Sonata
-Summer Scent
-Autumn in My Heart
-Spring Waltz

Tapi 1 pon x lekat kat hati aku
sebab dulu aku layan drama Taiwan.
Sampai la satu hari tu aku bosan sangat
tak tahu nak buat apa, so aku join la
mak aku dengan adik aku layan drama Korea

Masa tu 8TV tayang cite Full House.
Da la episod akhir masa tu, baru aku terhegeh-hegeh
nak tengok. Sekali tersuka la plak dengan cite tu.
Guess what? Aku mula layan cite len lak lepas tu
(My Girl, My Sassy Girl Chunyang, Lawyers etc)

Start dari masa tu, aku mula layan lagu Korea,
drama Korea, variety show Korea etc
Sampailah ke hari ini.....
Kat bawah ni antara koleksi latest yang aku ada:


LAGU
2PM - Go Crazy (album ni ade juga yang Japanese version
dan juga remix version)

Ailee - Don't Touch Me (congrats Ailee sbb menang #1 kat MCD!)

Song Ji Eun - Don't Look At Me Like That (haa lirik yang kt entry atas tadi tu
lagu ni la, bagi yang suka lagu ballad, memang recommend sangat lagu
ni kat korang ^^)

SoYou, Kwon Soonil, Park Yongi (Urban Zakapa) - The Space Between (lepas lagu Some,
SoYOu kua lagu ni plak.. Totally fall in love dengan lagu ni!)

Super Junior - Mamacita (aku agak pelik dengan konsep SUJU
sekarang, tp guess what? SUJU is SUJU haha)

T-Ara - Sugar Free (sapa suka lagu techno, memang ley layan
la lagu ni. Da la ade album remix khas dengan 12
buah lagu remix *aiyoo mati)

Teen Top - Missing (lagu ni memang jammig song aku la. Dengan
suara emotional Niel dan suara meruntun jiwa Chanjo, aku
memang akan keep repeat this song again and again)



DRAMA

Blade Man (KBS) - Cite ni masih dalam tayangan di Korea.
Dalam simpanan aku pon baru sampai episod 8. Reason
amik sebab ade Lee Dong Wook hehe

It's Okay, That's Love (SBS) - Cite ni baru je abes tayangan
di Korea bulan 9 aritu. Storytelling yang len dari yang len
dan pelakon-pelakon dia sangat berjaya membawa watak
masing-masing especially Jo In Sung, Gong Hye Jin,
Lee Kwang Soo dan Do Kyungsoo (EXO).

My Lovely Girl (SBS) - Cite ni ganti cite It's Okay, That's Love.
Pon masih dalam tayangan di Korea.
For sure sebab utama aku tengok sebab Rain. Ni 1st drama
dia lepas keluar dari army. Anticipated for his acting!


(Untuk yang drama ni, hanya It's Okay, That's Love je yangboleh korang download full, sebab yang lagi 2 drama
masih x cukup link. Kalo nak link, komen kt bawah!)



FILEM

Good Friend (2014) - Cite dia pasal 3 sekawan yang
menempuh pahit manis dalam kehidupan.
Camne diorang nak remain persahabatan diorang
dengan segala pergolakan ni? Try la tengok.

Mourning Grave (2014) - Cite ni pasal sorang budak laki
yang boleh tengok hantu. Dari poster pon korang
dah boleh agak camne cite dia kan? Bagi yang suka
tengok horror movie, try la tengok cite ni!





(Untuk dua filem ni, da boleh download dengan HD version #yippie.
Tapi bagi orang yang tak boleh tengok movie tanpa
subtitle, korang kena tunggu la ea, sebab cite-cite ni baru je release
so subs lom kua lagi)



---------------------------------------



In generally, tak salah pon bagi orang yang minat
dengan entertainment Korea ni. X kisah la KPOP ke,
K-Drama ke, K-Variety ke. Kan hiburan itu bersifat universal?
Sama la macam orang yang asek dengar lagu English,
tengok drama pon English and even speaking for
berhabuk English...



X semestinya mereka lupa asal usul mereka.
bila layan entertainment luar negara.
When it comes to INTEREST, we realize that
EVERYONE is DIFFERENT.



Jadi diri korang sendiri and kalo kene bash ke
sebab korang kpoppers or else, just remember that
it's your attitude that reflect yourself, okay?



Salam XOXO dari aku tok korang. Nanti kalo ade
masa aku buat entri len pulak ye... Anything tu ask,
simply put your comment below! ^^



I'm back!

Waaaaa..... Guess who's back?! 
Daku kembali untuk beraksi di dalam blog yang dah lapok giler ni. 
OMG! Last post was 2013? Torbaekkk!!!

Sorry sangat-sangat sebab lama tak post dalam blog 
(well, nobody bother rasanya hehe). 

Sekarang ni tersangat la supa dupa busy, 
sebab dah sampai ke tahun akhir pengajian dah.
Buat yang tahu pasal diri ini, 
aku sekarang masih lagi bergelar budak sekolah student
di UiTM Shah Alam di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

(Buat yang tak tahu, haa sekarang da tau kan? *mukapoyo)

Dengan doa dan berkat dari kecekalan diri (cewah)
dan yang penting dari mak pak aku,
maka dikala ini aku di penghujung semester sudah!

*yippie #menariharlemshake

Pasni mesti aku akan dapat ayat-ayat seperti berikut:

"Hungtung la da nak abes belaja" - version jemles tahap gaban
"Wah congrats!" - ni jenis speechless xtau nk ckp apa
"Da nak keje da ko lepas ni" - moga dapat keje cepat
"Lepas ni dah boleh la kawen hehehe" - erk no comment

That's why kenapa aku lama tak post di blog.
Cuma sekarang ni ak da hampir ke-penghujung jalan,
so I decided to continue blogging!
Bukan apa, cuma jari ni da mula gatal
nak menulis balik ^^

Buat masa ni, aku akan post sikit-sikit dulu
(sebabnya masih dalam internship lagi)
BUT
Once da abes intern, aku akan mula aktif balik

*pinky promise okay XD

-----------------------------------------------------------

Kalo korang ada apa-apa komen untuk bantu
kadar mutu penulisan mahupun isi perut
blog ni, silalah tulis di bahagian komen okay
 *seyes, aku memang akan teliti komen korang



Saturday, May 4, 2013

Ini Kisah Ramleefestasi!


At last! Welcome people~! Lama x buat entry kan?
Sejak masuk semester baru ni, masa tu macam jemles dengan aku
Yelah! Bukan ada masa pun nak buat benda lain, asik belajar je.....
(OMG Dayah, kaki kencing)
Ok2 T_T
I admit, yang bukan masa saja mempengaruhi kemunculan entry ni...
Other than that, sebab banyak sangat tugasan yang chekgu beri!

Like seriously!! Tak tipu punya~
Semester 3 ni buat hidupku kucar kacir sebentar.. 
Too much stressful subject
dan tak dilupakan juga, chekgu yang sendu  kurang memahami...
Hmmm.... orang kata tak baik merungut!

BUT

Aku still merungut! 
"Ya Allah~ Moga Engkau permudahkan urusan
hambaMu ini. Tanamkan sifat sabar dan redha dengan segalanya
yang telah Engkau tentukan. Amin~"

note: AMARAN! Entry kali ni amat panjang, jadi bersabarlah bila membaca ya XOXO
-------------------------------------

Dengan lafaz Bismillah, let's rockin' the entry yawww!!
Oke! Enrty kali ini special sikit, sebab apa?
Haaa... sebab ni entry pertama aku cerita tentang teater!!

Tapi sebenarnya bukan la first tyme cite pasal teater...
Previous entry aku penah cte pasal teater Sofia, yang buat kat Perlis
For this entry, the theater was held at Kuala Lumpur.
Yes, Kolumpo je yobb~

Ehem2, teater apakah yang berjaya menarik diri ini untuk menonton?
*Drumroll* Jeng Jeng Jeng!
It is Ramleefestasi!!
Ya... Jangan tanya aku napa tajuk dia camtu..
Memang takkan terjawab la kan

Teater nie diorganize dan dipentaskan oleh anak-anak muda
yang menggelarkan diri mereka sebagai Revolution Stage
'Siapa sebenarnya mereka nie?'
Haaa.. sedikit detail tentang depa suma naa..
Revolution Stage (RS) merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar,
atas tujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang
seni lakon teater. Most of them merupakan gabungan pelajar-pelajar
dan graduan-graduan dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT).
More details on them?? Nah klik link nie ^^

Poster Ramleefestasi


Berbalik kepada topik kita tadi, teater Ramleefestasi ni berkisarkan tentang 12 cerita yang 
diangkat dari karya-karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pementasan ini 
diadakan di Bangunan Mara, Tingkat 10 
(sebelah2 Sogo & Pertama tu je)

Komentar:
Secara keseluruhan, bagi aku teater ini amat menarik, dan membawa nafas 
serta pembaharuandalam menterjemahkan karya P.Ramlee. 
4 pengarah hebat berjaya menaikkan mood para penonton ketika 
menyaksikan pementasan Ramleefestasi ini. 

Oh terlupa aku!
Teater Ramleefestasi ni da pernah dipentaskan dahulu di Stor DBP, 
dan kali ini teater Ramleefestasi ini dipentaskan semula,
 melalui projek #PentasSemula

Bersambung semula.... Aku dan kawan2 (Maz & Tia) sanggup travel 
dari Shah Alam naek train, semata-mata nak tengok teater ni.
 Aku dapat tahu pasal teater ni pun sebab RS datang ke UiTM Shah Alam
 untuk pementasan teater Senapas. Masa itu, aku dan rakan-rakan 
Anomalist Production menolong RS dalam menjayakan
pementasan Senapas tu. *teater Senapas pon best tau!*

Jadi diatas kegigihan kami bertiga untuk menonton teater itu, 
lalu kami pon tiba di Bangunan Mara yang disebut-sebut tu. 
Tapi alangkah malunya aku, rupa-rupanya teater tu kat bangunan 
Mara baru daaa.... Aku dan kawan-kawan da sesat ke bangunan lama... 
Bertawaf la kami bertiga ke bangunan baru pula #alkisahnya

Jadi lepas da jumpa bangunan baru, sempat lagi tanya kaunter pertanyaan,
takut salah lagi kang, takkan nk 2 kali malu....... So tempat da betul!
Naek la pulak lif ke tingkat 10. Bukak je pintu lif, di sebelah kanan, 
nampak da bunting dan juga poster Ramleefestasi. So mmg sah inilah tempatnya!!
Sampai je kt kaunter, aku kata la aku da book 3 tiket. 
Masa tu Arshad yang ada kat kaunter.
So disitulah sesi pengambilan tiket berlaku.....

Tunggu dalam berapa minit gak la, sebelum kami dapat masuk ke perut panggung tu.
Tunggu punya tunggu, tengah kawan aku dok borak apa tah *nmpk x fokus*
Tetiba aku terkelu + terkesima + terperanjat
Sebab akhirnya, ternampak secara live, pelakon yang memang aku minat
sejak aku tengok Istanbul Aku Datang la... haaa dapat teka sapa kan??

Yezza buddies! It's Beto Kusyairy!!!
OMG3!! Kaget melihatnya kala itu.... bukan apa, sbb aku adore lakonan dia
For me, his talented! Macam yang aku penah cakap kat kawan aku,
hanya 2 org je pelakon yang aku rasa full of talent dan aku adore giler...
- Johnny Depp & him, Beto -

Nampak tak nawaitu tengok teater ni pasal pe? 
Hahahaha..... Itu just salah satu sebab je la. 
So, masa masuk ke bilik pementasan, sekali lagi aku terkesima!
Wah... setting yang sgt audiens friendly!! That's why aku suka teater!
Dengan 3 susunan kerusi; hadapan, kiri dan kanan, membuatkan penonton 
akan rasa dekat dengan pelakon. 
Tak dilupakan juga pemuzik dibawah bimbingan Ayop Azril....
Kome sume memang meletop yobb!! Bangge teman~! 
#eh cakap Perok pule XD

Cerita mereka bermula dengan semula pelakon masuk seorang demi seorang,
 menyanyikan lagu Lagenda yang dipopularkan oleh Sheila Majid.
 Sejurus selepas itu, watak Iman, yang dilakonkan oleh si manis yang chomel 
Cristina Suzanne Stockstill dan watak Sulaiman, yang dilakonkan oleh
Beto Kusyairy diketengahkan. Pada mulanya, aku ingat watak mereka berdua 
mengambil latar masa seiring dengan watak-watak lain, rupanya sangkalan aku salah.
 Watak mereka berdua merupakan watak zaman kini namun cuba untuk
 blend in dengan watak-watak yang lain.
 Erm.. korang paham tak apa aku cuba sampaikan??

-Kalo x paham, korang buat2 je la paham oke-

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang perbualan di antara
 Iman dan Sulaiman. Bila korang tengok kisah ini, korang akan
dibawa sebentar ke dunia P.Ramlee... Korang mesti akan teringat
setiap butir kata dan juga lagu-lagu yang menjadi
siulan kita. Sayangnya kami tak rakam pementasan nie,
sbb lebih sibuk ambil gambar hehehe

Jadi aku rasa, kalo menulis je tak best la gak kan? So, for korang2 semua
aku ada sertakan sedutan vid pada pementasan berkenaan.... Enjoice!


-------------------------------------

Sedutan Ramleefestasi

Ni je yang kami sempat rakam... Suara Kirin sgt awesome!!


Ni tyme diorang nyanyi lagu Lagenda...


Ni bukan Pak Maun je, satu kampung gegar menari ^^


* Kalo nak tengok yang len2, boleh KLIK sini*


-------------------------------------

Pixca sepanjang pementasan Teater Ramleefestasi!














































-------------------------------------

Xtra Pixca ^^













-------------------------------------

Akhirnya, sampai juga penamat entry nie. First tyme wat entry bapak
panjang macam nie... Oke lah, jari pon da penat, otak pon da beku,
nanti aku akan update 2nd teater by RS juga... Stay tune!